Filled Under:

Mengaku NABI dan ALLAH !! Lelaki hina kerabat Diraja Johor


Polis Johor menahan seorang lelaki kerana menghina kerabat Diraja Johor serta mengaku dirinya Nabi Muhammad dan ALLAH, Sabtu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Larkin Jaya, di sini.

“Pada 7 Disember lalu, sekitar jam 11 malam, satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 31 tahun di Majidee berhubung suspek.



“Polis telah membuka kertas siasatan bagi mengesan dan menangkap suspek. Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap suspek kira-kira jam 3.30 pagi pada 12 Disember lalu,” katanya di sini semalam.

Wan Ahmad berkata, sebuah telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan dan kes disiasat bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1984.

Katanya, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara tidak lebih 18 bulan atau kedua-duanya sekali.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek pernah ditangkap pada 12 Oktober lalu dan disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan seterusnya dituduh pada 15 Oktober lalu mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan dan telah dijatuhi hukuman denda.

“Saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah. Suspek kini direman selama empat hari bermula 12 Disember hingga 15 Disember ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat khususnya di Johor supaya menjaga kesejahteraan dan keharmonian negara sebagai tanggungjawab bersama.

“Laman sosial seperti Facebook tidak sepatutnya disalahgunakan. Perbuatan menghina atau menyinggung mana-mana individu khususnya menyentuh isu agama, keluarga, Sultan Johor atau pihak istana harus dielakkan.

“Polis Johor bersikap tegas dalam menangani kegiatan tidak bermoral ini, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat khususnya Johor,”




0 ulasan:

Catat Ulasan