Filled Under:

Pengecaman mayat Kemalangan Bas Rombongan dari BATU Pahat ke Chiang Mai, Thailand.


Batu Pahat:"Sebaik mengetahui kemalangan itu, saya cuba menghubungi ibu bapa di sana, namun sehingga kini masih gagal,"kata anak mangsa kemalangan bas pelancong di Chiang Mai, Thailand.

Lelaki berusia 30-an itu yang enggan dikenali, berkata dia menyedari bapanya, Goh Bak Chai, terbabit datam kemalangan itu selepas terlihat gambar mereka dimuat naik satu portal berita berpejabat di Thailand.

Gambar itu menunjukkan bapanya mengalami kecederaan di kepala, manakala ibunya terlantar di sebelah.

"Bagaimanapun, saya masih menunggu maklum balas dari pihak agensi pelancongan bagi mengetahui keadaan ibu dan ayah saya,".

Tinjauan di pejabat Chiu Travel Sdn Bhd di Jalan Rahman di sini, yang menguruskan percutian rombongan pelancong itu mendapati beberapa ahli keluarga mangsa dilihat mula berkumpul di pejabat
berkenaan bagi mendapatkan perkembangan terkini.




0 ulasan:

Catat Ulasan