Terdahulu, keranda yang menempatkan jenazah Tunku Abdul Jalil telah dibawa keluar dari Istana Besar di sini selepas solat Zohor pada pukul1.20 petang.
Keranda itu dibawa oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim lbni Almarhum Sultan lskandar, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail serta adik-beradik puteranya yang lain.
Jenazah Almarhum kemudian dibawa menggunakan pedati yang ditarik oleh 30 Askar Timbalan Setia Johor melalui Jalan Istana Besar terus ke makam tersebut sepanjang 3 kilometer.
Sultan Ibrahim secara peribadi telah membuat pemeriksaan ke atas keranda pada pukul1.27 petang.
Sultan Ibrahim dan ahli-ahli keluarga diraja turut mengiringi jenazah diikuti oleh pembesar-pembesar negeri dan orang ramai.
Hujan turun selama 10 minit kira-kira pukul 12.50 tengahari tetapi rakyat Johor, yang sebelum ini telah memberi penghormatan terakhir kepada putera Johor itu, tidak Jauh dari kawasan istana.
0 ulasan:
Catat Ulasan