Filled Under:
Wajah Akhir kenangan 5 sekeluarga sebelum maut di AIR TERJUN BELUKAR BUKIT
Posted By:
arefeez6551
on 9:25 PTG
Lima sekeluarga lemas manakala seorang lagi terselamat ketika mandi-manda di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit dekat sini hari ini.
Mangsa yang lemas ialah Abdul Halim Samian, 44, isterinya, Nurul 'Adilah@Salaiwati Awang, 39, serta tiga anak mereka iaitu Nurul 'Arifah, 16, Nurul Hidayah Aina, 11, dan Nurul Izah, 10.
Bagaimanapun, anak bongsu pasangan terbabit iaitu Mohd. Hasif, 9, terselamat kerana berada di daratan ketika kejadian.
Difahamkan, Abdul Halim berasal dari Johor manakala Nurul 'Adilah pula dari Bukit Tunggal, Kuala Terengganu dan mereka sekeluarga menetap di Puncak Alam, Selangor.
Abdul Halim juga bertugas sebagai naib kadi dan imam di Surau Al-Furqan, Puncak Alam.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zuraidi Mohd. Yusof, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.35 pagi dan bergegas ke lokasi dengan kekuatan seramai 11 anggota beserta sebuah jentera.
Katanya, kejadian itu berlaku apabila salah seorang mangsa dibawa arus ketika sedang mandi sebelum mangsa yang lain cuba menyelamatkannya.
Beliau berkata, ketika kejadian, hanya keluarga tersebut berada di situ dan kesemua mangsa ditemukan dalam lingkungan 50 meter di kawasan yang dipercayai berlaku akibat pusaran air itu.
“Mangsa pertama iaitu Abdul Halim ditemukan kira-kira 12.17 tengah hari diikuti oleh Nurul Izah dan Nurul Hidayah Aina beberapa minit kemudian manakala dua lagi mangsa iaitu Nurul 'Adilah dan Nurul 'Arifah masing-masing ditemukan pada pukul 12.33 dan 12.37 tengah hari.
“Empat mangsa ditemukan oleh penduduk kampung manakala mangsa terakhir iaitu Nurul 'Arifah oleh anggota bomba.
“Kita juga tidak menolak kemungkinan bahawa ini kali pertama keluarga tersebut berkunjung ke sini dan tidak tahu tentang keadaan air pusar,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Hulu Terengganu di sini.
Dalam pada itu, usaha untuk menemu bual ahli keluarga mangsa gagal kerana mereka dikatakan masih bersedih atas kejadian tersebut.
Pada masa yang sama, Mohd. Hasif pula masih berada dalam keadaan trauma.
Difahamkan, kesemua jenazah akan dikebumikan esok pagi bagaimanapun lokasi pengebumian belum ditentukan setakat ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan