Filled Under:

Al'fatihah!! Dua Wanita dan Sarat Hamil lapan bulan maut dalam Keadaan Tragis


DUA wanita,termasuk seorang yang hamil lapan bulan, maut apabila MPV yang dinaiki lapan orang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan, di Seremban, awal pagi tadi.

SEREMBAN: Dua wanita, termasuk seorang yang hamil lapan bulan, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki lapan orang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan di Kilometer 279.4, berhampiran persimpangan ke Lebuh Raya ELITE, kira-kira jam 3.30 pagi itu, Suzan Safarina Rosli, 30, yang hamil lapan bulan, dan Nadiah Hidayatul Mokhtar, 28, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.

Mangsa yang parah ialah Maya Kayree Zarul Hidayat, 2, dan pemandu kereta, Zulfahizzat Mokhtar, 27.

Empat penumpang yang cedera ringan ialah Zarul Hidayat Mokhtar, 32; Mohd Izwan Amir Hamzah, 31; Faudziah Mohd Ali, 59, dan Fairel Zhafran Mohd Izwan, 12.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata siasatan awal mendapat kereta Toyota Wish yang dinaiki lapan orang itu dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur.

Katanya, kereta dipercayai gagal dikawal sebelum melanggar tiang lampu di kiri jalan lalu terbalik di tepi lebuh raya itu.

"Polis menyiasat kejadian ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua operasi dari Balai Bomba Seremban 2 di sini, Pegawai Bomba Kanan 11 Munawir Md Yusoff, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.54 pagi dan tiba di lokasi kejadian bersama enam anggota yang menaiki satu jentera pada jam 4.09 pagi.

Setiba di sana, katanya, semua mangsa sudah dikeluarkan oleh pengguna lebuh raya lain.

"Semua mangsa dihantar ke HTJ dengan ambulans milik hospital itu dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya.

Mangsa kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan:

Maut:

1. Suzan Safarina Rosli, 30, beralamat di FELDA Ulu Jempol, Bandar Jengka, Pahang
2. Nadiah Hidayayul Syima Mokhtar, 28, beralamat di Perumahan KIK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Johor



Cedera parah:

1. Maya Mayree Zarul Hidayat, 2 tahun
2. Zulfahizzat Mokhtar, 27, beralamat di Kuarters KIK Tanjung Kupang, Gelang Patah Johor.



Cedera ringan:

1. Zarul Hidayat Mokhtar, 32, beralamat di Jalan Tengku Ampuan Rahimah, Seksyen 9, Shah Alam
2. Mohd Izwan Amir Hamzah, 31, beralamat di Bandar Baru Bangi, Selangor
3. Faudziah Mohd Ali, 59, beralamat di Kuarters KIK Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor
4. Fairel Zhafran Mohd Izwan, 12, beralamat di Bandar Baru Bangi, Selangor







0 ulasan:

Catat Ulasan