Filled Under:

Insiden kekecohan perlawanan di antara Penyokong Perak dan Selangor di Luar Stadium


IPOH: Dua penyokong pasukan Selangor cedera di bahagian kepala dalam kekecohan yang berlaku di luar Stadium Perak selepas perlawanan di antara pasukan Perak dan Selangor, malam tadi.

Turut tercedera di bahagian kepala di dalam kekecohan itu ialah seorang anggota polis.

Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan selepas terkena balingan objek dipercayai batu, botol kaca dan botol plastik.



Insiden kekecohan itu dipercayai bermula apabila penyokong kedua-dua kumpulan itu mula melakukan provokasi diantara satu sama lain sebaik sahaja perlawanan itu tamat.

Tidak tahan dengan provokasi yang dilakukan, terdapat segelintir penyokong mula memaki hamun dan membaling objek ke arah penyokong lawan.

Keadaan mulai terkawal apabila pihak polis berjaya mengarahkan penyokong skuad The Bos Gaurus untuk bersurai dan mengawal penyokong Selangor menaiki bas untuk beredar.



Pihak polis berjaya mengawal keadaan di luar stadium sekitar jam 12 tengah malam dan penyokong Selangor dilihat mula meninggalkan kawasan stadium sekitar jam 12.20 pagi.

Terdahulu dalam perlawanan tersebut, The Bos Gaurus tewas kepada The Red Giant 0 – 1.







0 ulasan:

Catat Ulasan