Filled Under:

Lagi kes Gangguan S€ksual oleh warga asing di Cyber Cafe Wangsa Maju


Kes gangguan seksual warga asing yang berlaku di sebuah Cyber Cafe di Seri Rampai Niaga, Wangsa Maju ( berhadapan Cyber Cafe K5) mengikut info yang diterima warga asing ini melakukan gangguan seksual terhadap seorang budak perempuan bawah umur.

Suspek mengalami kecederaan dan dirawat oleh pihak jpam telah diserahkan kepada pihak berwajib untuk tindakan susulan.
Astaghfirullahalazim...! Sungguh kurang ajar dan semakin berani warga asing sekarang, tak takut nak cabul kehormatan.

Ini kisah benar ! Kes ini terus mengingatkan kes gangguan seksual oleh warga asing terhadap adik perempuan sahabat.

Ada di kalangan rakyat Malaysia sendiri yang kata kemasukan warga Bangladesh ni ada kebaikannya kerana bagus untuk menambah umat Islam dalam negara kita. Kalau tengok daripada satu sudut tu sahaja, memanglah bagus, tapi sedar tak setelah berlakunya satu kes demi satu kes, keburukan yang dibawa itu lebih banyak daripada kebaikan.

Tak kata semua warga asing tu sama jahat seperti pencabul dalam kes tersebut di atas, ada yang baik tapi cukup-cukuplah...yang sedia ada dalam negara ni pun dah cukup ramai, nak 'backup' sangka baik pun berpada-padalah, benda belum jadi kat ahli keluarga/isteri/kakak/adik/anak perempuan sendiri.

Berhati-hatilah. Jaga keselamatan diri.










0 ulasan:

Catat Ulasan