Filled Under:

Pelakon Syarul Ridzwan Tukar Nama Secara Rasmi Atas Dasar Nasihat Ustaz



Pelakon, Syarul Ridzwan menukar semula penggunaan nama asalnya, kepada Saharul Ridzwan setelah menerima teguran dan nasihat dari seorang ustaz berhubung nama komersial tersebut.

Sebelum ini difahamkan beliau menggunakan nama Syarul sebagai nama komersial bagaimanapun nama tersebut memberi maksud yang tidak baik.

Beliau kemudiannya mengunakan semula nama asalnya sebagai nama kormesial termasuk di laman Instagramnya sejak petang semalam selepas mendengar nasihat ustaz yang kini bertugas di Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang), Rawang, Selangor.





“Sebelum ini, saya sekadar mencipta nama Syarul kerana memikirkan aspek komersial.

“Bagaimanapun, selepas ditegur ustaz yang saya kenali, beliau menyarankan supaya saya menukar kepada nama asal saja.

“Ustaz itu memberitahu, nama Syarul sebelum ini lebih kurang bermakna sejahat-jahat manusia. Jadi, saya fikir tidak salah untuk menukarnya kepada nama asal saya”.

Sementara itu Saharul turut mengalu-alukanorang ramai untuk tampil membantu mengurangkan beban dan kesusahan kanak-kanak kurang bernasib baik di rumah kebajikan terbabit.

“Saya menggesa mereka yang baik hati dan mempunyai rezeki lebih untuk sama-sama membantu mereka dan pertubuhan ini. Sedikit sebanyak, kita dapat kurangkan kesusahan mereka.

“Jika ada yang ingin menghulurkan sumbangan atau barangan, bolehlah ke alamat pertubuhan itu di Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang), No 29, Jalan 8/8, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

“Mereka juga boleh menghubungi talian 03-60342593,” katanya.




0 ulasan:

Catat Ulasan