Filled Under:

Tragedi GEMPA BUMI Tasik Kenyir menggemparkan Penduduk Awal Pagi tadi



Hulu Terengganu: Penduduk kampung Kuala Dura, menceritakan detik cemas merasai gegaran yang berlaku akibat gempa bumi lemah yang berlaku malam tadi.

Maizarah Abu Bakar, 45 tahun, dan Che Siti Khatijah Che Mat, 25 tahun, ketika ditemui berkata terkejut dengan kejadian itu yang berlaku lebih kurang tiga saat.

Bagaimanapun gegaran itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan harta benda.

Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan di Tasik Kenyir, Terengganu, malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gegaran boleh dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Berang.

Gegaran itu dikesan pada jam 9.25 malam, berpusat di koordinat 5 darjah utara dan 102.9 darjah timur, 16 kilometer ke barat daya Kuala Berang.








0 ulasan:

Catat Ulasan